@mdtmerah: ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ TANAH MERAH, 23 SEPTEMBER 2025 (SELASA) โ Majlis Daerah Tanah Merah telah membuat pelupusan secara musnah bagi rokok elektronik atau โvapeโ hasil operasi sitaan yang telah dijalankan sebelum ini dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Tanah Merah. Aktiviti pelupusan ini turut dihadiri oleh YB Datoโ Haji Abdul Fattah bin Haji Mahmood (ADUN Bukit Panau), Ahli โ Ahli Majlis MDTM, wakil IPD Tanah Merah, Setiausaha Majlis serta kakitangan Majlis Daerah Tanah Merah. Sepertimana semua sedia maklum bahawa larangan penjualan rokok elektronik atau vape di Negeri Kelantan juga telah berkuatkuasa sejak tahun 2015. Sehubungan dengan itu, YABrs Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah menasihatkan supaya mereka yang terlibat dengan aktiviti penjualan cecair vape dan peranti rokok elektronik supaya menghentikan segera penjualan produk berkenaan. Operasi tindakan penguatkuasaan terhadap larangan vape ini akan dijalankan secara berterusan di daerah Tanah Merah. Warga Tanah Merah khususnya pemilik premis perniagaan adalah diingatkan untuk patuh kepada undang-undang yang telah ditetapkan. #MajlisDaerahTanahMerah #pelupusanvape #fypใทใ