@samzi_47: Orang ramai, khususnya kaki pancing, dinasihatkan supaya lebih berhati-hati selepas kemunculan seekor buaya di tepi pantai Teluk Bahang, berdekatan sebuah hotel yang sedang dalam proses pembinaan semula. Kehadiran reptilia itu menimbulkan kebimbangan penduduk serta pemancing yang sering berada di kawasan terbabit. Bagaimanapun, tindakan pantas pihak berkuasa bersama bantuan orang awam serta nelayan tempatan berjaya menamatkan detik cemas itu apabila buaya berkenaan akhirnya berjaya ditangkap dengan selamat. ⚠️ Nasihat orang ramai: Elakkan berada terlalu dekat dengan kawasan pantai tersebut buat sementara waktu demi keselamatan. #malaysia #foryou #fyp #buaya