@pzdlw: Harapan melihat mahligai yang dibina siap, hancur berkecai tatkala ditakdirkan menjadi balu diusia muda. Azira 34 tahun dan dua orang anak perempuan kini tinggal menumpang dirumah ibu. Adik beradik yang lain turut tinggal bersama menjadikan isi rumah agak ramai. Azira yang tidak dapat berkerja kerana masalah kesihatan bergantung harap kepada bantuan JKM dan Zakat yang diterima setiap bulan untuk menampung sara hidup keluarganya. Walaupun telah mendapat agihan zakat bulanan, Sekali lagi Azira mengemukakan permohonan kepada pihak LZNK untuk membantunya menyiapkan rumah yang telah lama terbengkalai. Kerisauan terhadap masa depan anak-anaknya Jika hari ini beliau pergi buat selama lamanya sering menjadi tanda tanya dibenak fikiran. Dan syukur alhamdulillah. Azira sudah dapat menarik nafas lega dimana hari ini pihak zakat langkawi dan pihak Ibu pejabat LZNK telah turun membuat penilian kos bagi menyiapkan rumahnya. Harapan yang dulu hancur lebur kembali bersinar. Terima kasih kepada semua pembayar zakat, penyumbang-penyumbang sedekah dan wakaf yang telah menyalurkan wang mereka kepada LZNK. Teruslah memberi kepercayaan kepada LZNK untuk menguruskan asnaf di negeri kedah. #LZNK #pzdlw #ZAKATLANGKAWI
semoga d permudahkan segala urusan amin terbaik lznk mantap
2025-10-01 04:11:08
0
Ridzwan Abdul Rahman :
alhmdlh
2025-10-15 10:18:43
0
maimunah :
😁😁😁
2025-10-01 23:17:49
1
aishah :
🥰🥰🥰
2025-09-29 23:04:24
1
zull :
🥰🥰🥰
2025-09-29 19:07:28
1
-MLZ-LUQMAN🇲🇾 :
👍👍👍
2025-09-29 14:59:00
1
salinamahful :
😂😂😂
2025-10-02 03:07:51
0
Ambri Eshak :
🤲🤲🤲
2025-10-01 13:15:40
0
Azie :
maaf, nk minta bantuan buat bilik air boleh ka..?? ada ibu mertua saya baru kena potong kaki sebelah, dan tiada tandas UTK dia guna, tandas sedia ada hanya tandas istana sangkut 😅
2025-09-30 01:32:25
1
lina :
LZNK terbaik 👍
2025-09-30 14:23:43
0
To see more videos from user @pzdlw, please go to the Tikwm
homepage.