@tembikai_leo70: SEPANG – Wakil perundangan Malaysia di Ashdod akhirnya dibenarkan berjumpa dengan semua delegasi Malaysia yang ditahan selepas melalui proses rundingan yang panjang. Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim berkata, pada peringkat awal, wakil perundangan tersebut dinafikan akses untuk berhubung dengan aktivis Malaysia yang menyertai Misi Global Sumud Flotilla (GSF). Katanya, selepas tekanan kuat daripada komuniti antarabangsa termasuk negara-negara Eropah, ASEAN serta Malaysia sendiri, pihak berkuasa Israel akhirnya memberi laluan kepada wakil undang-undang bertemu delegasi. “Ini adalah hasil daripada desakan dunia yang bangkit, termasuk tekanan diplomatik yang konsisten. Hasilnya, wakil kita akhirnya dapat bertemu mereka,” katanya pada sidang media di Mapim Central Warehouse, Sepang, malam Jumaat. Menurut beliau, pertemuan itu membolehkan SNCC mengesahkan bahawa semua delegasi Malaysia berada dalam keadaan selamat dan sihat. Mengulas lanjut, Sani Araby menjelaskan bahawa komunikasi dengan aktivis Malaysia tidak dapat dilakukan secara langsung sejak mereka ditahan kerana semua telefon bimbit telah dicampakkan ke laut mengikut prosedur keselamatan flotila. “Ketika kapal diserbu, telefon dibuang keluar untuk mengelakkan akses musuh. Justeru, komunikasi terus dengan mereka tidak ada sejak itu,” ujarnya. Beliau bagaimanapun berkata, mesej SOS berjaya dihantar oleh kapten kapal sebelum ia dirampas tentera Zionis, sekali gus mengesahkan penahanan mereka. Israel perlu bebaskan aktivis Malaysia dalam tempoh tiga hari - Peguam SNCC sahkan delegasi Malaysia selamat, rundingan pembebasan diteruskan GSF: Semua rakyat Malaysia akan dihantar pulang melalui negara ketiga Dalam pada itu, Sani Araby menegaskan penahanan delegasi Malaysia serta ratusan aktivis antarabangsa lain adalah tindakan tidak munasabah kerana misi flotila ini bersifat aman tanpa sebarang senjata. Katanya, seluruh peserta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa Israel sepanjang proses rampasan kapal, malah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) boleh membuktikan mereka tidak melakukan sebarang tindakan mencurigakan. “Delegasi kita tidak pernah membawa senjata, tidak pernah melakukan provokasi. Semua bukti jelas menunjukkan mereka tidak menimbulkan ancaman,” ujarnya. Justeru, beliau menyifatkan tindakan Israel menahan peserta flotila sebagai pencabulan serius terhadap hak asasi manusia dan pelanggaran prinsip kemanusiaan antarabangsa.

tembikai
tembikai
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 03 October 2025 19:28:30 GMT
174263
8782
838
894

Music

Download

Comments

.leona1985
Pencinta makhluk Allah :
Ketika mereka sangka mereka berjaya kerana memecahkan sebiji buah tembikai,ribuan bijinya tersebar ke seluruh pelusuk dunia,menjadi benih yg menumbuhkan jutaan lgi tembikai
2025-10-04 02:39:28
441
alynn634114
aleen :
SEMOGA ALLAH MENGGERAKKAN HATI MRK UTK MEMBEBASKAN AKTIVIS MALAYSIA JUGA AKTIVIS DR PELBAGAI NEGARA
2025-10-04 02:01:45
121
wati.alias
Wati Alias :
Alhamdulillah.. Terima kasih kepada yg terlibat dalam rundingan
2025-10-06 10:23:30
0
ummiya1405
nurun :
Ya Allah jagalah iman, maruah & aurat ahli sumud serta saudara2 kmi di gaza.. Aminn
2025-10-04 01:09:55
216
mynameisazma24
My Name is @ZMa :
kami tunggu kepulangan anda semua.
2025-10-04 00:24:02
211
norrizakhamis6
SitiKhatijah2109 :
mereka tidak gagal , malah mereka berjaya menghantar makanan dengan izin Allah. Hasbunallah wanikmal wakil
2025-10-04 08:27:53
15
fauziah.awang0
Fauziah Awang :
Ya Allah makbulkanlah segala doa dari hamba-hambaMu ini. Aamiin2 Ya Rabbal'aalamiinn.
2025-10-04 10:43:17
0
miss.normah
Miss Normah😚 :
Kami smua mnunggu kepulagan delegasi Malaysia dgn selamat
2025-10-04 01:08:52
40
mak.senah8
MAK SENAH :
kami mendo’akan kepulangan semuga semua dalam perlindungan Allah Aamiin
2025-10-04 00:37:07
100
zaleha6147
Zaleha :
alhamdulillah rabbi yasir walatuasir..🤲semoga mereka semua dlm jagaan allah dbri iman yg kuat kesabaran..🤲semoga allah lembutkn hati2 mereka yg kejam itu dng kaseh syg pada kemaknusiaan aamiin3..allah huakbar..malaysia mesti kuat semangt..💪💪💪🤲🤲🤲
2025-10-04 01:12:44
23
aisyahfira49
aisyahfira49 :
kami mendoa kan kebebasan untuk sukarelawan2 malaysi kami menunggu kepulangan anda
2025-10-04 05:25:52
2
cukuplah_allah_bagiku
💐mira tasya💐 :
Rabbi yassir wala tu'assir rabbi tammim bil khair "ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير" "Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dengan kebaikan." حسبنا اللّٰه ونعم الوكيل Hasbunallah wani'mal wakiil Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan, merahmati, memelihara, menjaga dan melindungi pelayaran Sumud Flotilla Nusantara.. Aamiin Ya Rabbal' Alamiin
2025-10-04 05:43:18
15
user3012119100245
M. Abd Ghani :
Alhamdulillah, kbrkanlah keadaan mereka kpd kami🥰
2025-10-04 09:06:43
1
salamiahmdyatim
salamiahmdyatim :
permudahknlah sgla urusan mereka..semuga dpt kmbali ketanah air dgn slmt..Aaminyarabbalalamin🤲😌
2025-10-04 00:57:58
12
siti.asa.md.isa
Siti Asa Md Isa :
Alhamdulillah... YaaAllah.terima kasih buat yang membantu warga negara kita.semuga proses membawa mereka² ni d percepatkan dan pulang dengan selamat...Aamiin🥰
2025-10-04 02:03:59
20
asiah.samah
Asiah Samah :
Assalamualaikum. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Banyakan bersabar dan berdoa kepada Allah SWT.Senjata kita adalah Doa. ALLAH pasti mendengar dan menolong bila tiba masanya.
2025-10-04 04:34:31
6
zainal.abidin9708
Zainal Abidin :
Free Palastine
2025-10-04 14:47:35
1
rajafazlin02
@rajafazlin :
2025-10-04 02:51:58
2
putrishimaishak
PUTRI SHIMA ISHAK :
semoga dapat di bebaskan dengan cepat
2025-10-04 03:14:57
1
miza_eza
EZAA_ :
kami tunggu kepulangan anda semua,semoga di permudahkan segala urusan 🥰🥰🤲🤲
2025-10-04 01:00:48
1
godbless_s
godbless_S :
semoga d permdhkan urusan ...semua dpt pulang ke tnh air...kite jmpa d msia ..
2025-10-04 01:14:33
5
peri2_ayah
peri2_Ayah :
alhamdulillah..Cukuplah Allah menjadi penolong kami, dan Dia adalah sebaik-baik pelindung🤲
2025-10-04 00:50:11
10
meknur275
MekNur :
Alhamdulillah.Ya-Allah permudahkan segala urusan pembebasan ini..
2025-10-04 00:30:46
3
malidah_
malidah_ :
SEMUGA ALLAH PERMUDAHKN URUSAN PEMBEBASAN TAHANAN SEMUANYA AAMIIN..ALLAH MAHA BESAR..MAHA BERKUASA .
2025-10-03 23:44:36
8
yanisalmond
yanisalmond :
semoga semua pulang dgn Selamat Dan kami tgu kepulangan anda semua
2025-10-04 02:03:45
1
To see more videos from user @tembikai_leo70, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About