@aristansri: Kadang kita rasa berat nak bangun Subuh bukan sebab mengantuk… Tapi sebab hati belum benar-benar yakin yang esok itu bukan jaminan. Subuh adalah pintu pertama yang Allah buka setiap hari — bukan untuk suruh kita sempurna… tapi untuk bagi peluang mula semula. Kalau hari semalam penuh silap, mulakan Subuh sebagai penebus. Kalau hati semalam letih, mulakan Subuh sebagai ubat. Kerana orang yang menjaga Subuh, hakikatnya sedang menjaga hidupnya sendiri. 🕊️ #RezekiBermulaDiSejadah #bangunsubuh #subuh #subuhmacamjumaat #Aristansri