@bah_kasicerita: KOTA BELUD: Sepasang kekasih yang juga pelancong warga China dilaporkan hilang sejak Ahad, ketika menginap di Sutera Mantanani Resort, Pulau Mantanani di sini. Difahamkan, mangsa lelaki dikenali Yu Xiaopeng, 25, manakala seorang lagi mangsa dipercayai teman wanitanya, Fan Qin, 28. Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada pihak keselamatan resort berkenaan pada jam 7.57 malam, ahad. Katanya, hasil siasatan awal, kedua-dua mangsa dilaporkan mendaftar penginapan (masuk) ke resort berkenaan pada jam 2.14 petang, 4 Oktober lalu. "Bagaimanapun, kedua-dua mangsa yang sepatutnya mendaftar keluar, semalam, gagal dikesan sehingga kini dan usaha pencarian mereka sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa," katanya dihubungi hari ini. Menurut Shahrudin, pihak resort juga tidak mengetahui keberadaan mereka selepas waktu daftar keluar. Mengulas lanjut, Shahrudin berkata, pelancong lelaki kali terakhir dilihat memakai baju lengan panjang dan seluar panjang berwarna hitam. Manakala pelancong wanita memakai baju berlengan pendek serta seluar pendek paras paha berwarna hitam. "Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan sejak semalam melibatkan lebih 50 anggota daripada pelbagai agensi keselamatan, "Antara agensi terlibat SAR adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Udara (Unit Drone), Pasukan Gerakan Am (Platun Tek Mantanani) dan Pasukan Polis Marin (PPM)," ujarnya. Turut serta, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Kota Belud, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kota Belud dan penduduk sekitar. Shahrudin menambah, pasukan penyelamat menumpukan kawasan operasi SAR di kawasan darat dan perairan Pulau Mantanani. "Setakat ini, kedua-dua mangsa masih belum ditemui dan orang awam diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. "Mana-mana saksi awam atau yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ketua Balai Polis Kota Belud, Inspektor Frankie Pain di talian 019-2151132 bagi membantu siasatan," katanya. 📝SUMBER: @BahKasiCerita 📺FOLLOW: @BahKasiCerita #SAR #tiktoknews #China #pulaumantanani #hilang
BahKasiCerita
Region: MY
Monday 06 October 2025 12:28:41 GMT
Music
Download
Comments
Azimah :
Takut d sana bnyk penculikan oh
2025-10-06 23:17:15
0
Talies :
tingok cctv keluar,masuk.mana la tahu dia main keluar saja,jenis diorang ne banyak yg tidak ikut aturan masa lawatan.
2025-10-07 00:12:36
55
Mr NOBODY :
Adakah Mereka ni spy, perisik mau tgok2 sistem ketenteraan Di SABAH
2025-10-07 01:37:32
1
Ronin Z1K :
Hahahaha.. ada bot sewa khas tu bwa dorg keluar dri pulau malam2… pas tu smpai darat sudah ada ic menunggu dorg.. 🤣🤣🤣🤣
2025-10-07 14:48:04
3
Notification :
Mgkin drg checkout ja trus balik china
2025-10-07 15:17:34
0
max313 :
dh dpt ic kot??
2025-10-06 15:39:47
21
Ajim@syah :
di culik ke aduh...semoga Selamat di jumpai
2025-10-06 16:46:21
6
Aida261012 :
Dlm fikiran aku 2 jk. Tpi 2 tu biarlah rahsia, siapa yg faham maksud sya yg 2 tu kita sama😂
2025-10-07 01:30:24
2
Lord Kuroro :
Semoga cpt ditemui
2025-10-06 15:00:28
9
LisaHamdah :
semoga cepat jumpa
2025-10-07 01:55:51
0
sadeO :
apa maksud MANGSA 😳😳
2025-10-07 03:53:31
0
gerak solo :
CCTV.ada tau tdk ada.
2025-10-07 07:10:51
1
Rahim :
Jadi PTI kelas satu.
2025-10-07 01:40:04
1
Regina Regie :
aduiii
2025-10-07 06:38:09
1
ERA BIRU/SAP😁😁 :
semoga cepat d temui....
2025-10-07 10:38:05
0
Roland :
Increase CCTV coverage across the resort and its surroundings to enhance safety.
2025-10-08 15:01:40
2
masni :
cuaca d laut n kawasan skg td baik.. mudahan diorg ni selamat
2025-10-07 00:37:51
10
EhkIP :
Semoga pencarian di permudahkan 🙏🙏
2025-10-06 21:56:47
4
Jay :
sudah jumpa kah?
2025-10-08 10:53:25
0
D Ramlee HK :
semoga di permudahkan
2025-10-07 13:26:15
0
Azimah :
Harap d temukan dgn selamat
2025-10-06 23:17:29
13
LiraAzra :
teringat zaman ngandung 7 bulan pigi ke sana. fuhhhh.....
2025-10-07 05:47:26
0
Kenzo MZ :
uda blik ba tu
2025-10-06 23:14:13
0
Muh_East :
semoga baik baik sahaja
2025-10-07 01:08:39
0
Anttal Jaslan :
Ada kerja luar tu
2025-10-15 13:34:16
0
To see more videos from user @bah_kasicerita, please go to the Tikwm
homepage.