@astroaudionews: 5 hingga 7 episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku pada musim tengkujuh bermula bulan depan hingga Mac 2026. Menurut Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, ia berpotensi terjadi jika fenomena La Nina turut berlaku yang boleh cetus banjir pada November dan Disember nanti di negeri-negeri Pantai Timur. Sabah pula dijangka terkena tempias Monsun Timur Laut antara November ini hingga Februari depan, manakala Johor dan Sarawak antara Januari hingga awal Mac 2026. #AstroAudioNews