@pinjamanilahi: Kalau kita nak memilih seseorang untuk dijadikan pasangan hidup. Maka pilihlah dia yang paling bersungguh nak menghalalkan kita. Effort dia untuk ke next step tu ada. Kita nampak semua usaha dia. Baik jumpa mak ayah, buat kerja lebih masa dan sebagainya. Bukan hanya dia pandai cakap I love You tapi lembu pun boleh terbang. Nak kahwin tapi persiapan masih zero. Dah datang berjumpa mak ayah tapi masih lagi tak bersungguh nak berkahwin. Sekarang bukan lagi satu kepastian kalau seseorang tu dah datang berjumpa kedua mak ayah kita. Dia akan berkahwin dengan kita. Dia ikhlas nak dekat kita. Kerana hanya akad yang indah menjadi bukti cinta sebenar. Perasaan cinta dan sayang saja masih tak cukup. Cinta tak boleh menghilangkan rasa lapar disaat kamu kelaparan. Apatah lagi ketika kau tengah kebuluran sebab tak makan. Kita bukan hidup dalam alam fantasi, atau hidup dalam novel cinta yang penuh dengan rekaan. Sedarilah kita berdiri pada bumi yang nyata. Dan satu lagi. Nak pilih dia jadi pasangan hidup kita. Biar dia sayang kita lebih dari kita sayangkan dia. Sebab itu adalah tanda dia ikhlas mahu hidup berdua dengan kita. Tapi kalau kita ni dah tak lagi diperlukan. Menghargai tapi dihargai. Better angkat kaki je. Kenapa kita nak menghargai seseorang yang tak menghargai kita? Move on. Usah terus berharap pada hati yang dah tak sudi menerima kita. Last but not least, Carilah pasangan hidup yang boleh menjadikan kehidupan kita lebih baik. Boleh sama-sama berusaha untuk perbaiki diri. Bukan hanya kehidupan untuk dunia saja. Tapi juga kehidupan untuk akhirat. Bila kita tak solat dia mengingatkan kita tentang solat, jangan tinggalkan solat 5 waktu walau sibuk mana pun kita dengan dunia Dan jangan memilih pasangan hidup semudah kita nak membeli kangkung di pasar pagi. Sedang kangkung yang kita pilih pun belum tentu masih elok. Apatah lagi nak mencari pasangan hidup. Memilih pasangan hidup ni ibarat kita nak membina sebuah rumah. Jika tiang yang kita bina utuh maka potensi untuk rumah tu bertahan lama adalah sangat tinggi. Maka begitu juga sebaliknya jika kita hanya mencari pasangan hidup sekadar tangkap muat. If you know what i mean Hidup berdua ni kalau boleh biar jodoh kita dan dia kekal sampai syurga Allah, kalau terputus di dunia kita berharap dan berdoa, minta supaya Allah satukan di akhirat sana. Itu tujuan kita berkahwin. Bukan sekadar berkahwin untuk hidup berdua di dunia saja Dan kepada kalian yang dah bercinta bertahun-tahun. Dah kenal lama bukan satu jaminan yang kamu dah kenal diri dia yang sebenar. Nak kenal diri dia yang sebenar bagaimana. Nikahi dia. Jangan sangka apa yang kita rasa baik untuk kita itu adalah baik buat kita. Sebab boleh jadi dia yang kita anggap jodoh kita. Sebenarnya adalah jodoh orang lain. Jadi bersederhanalah dalam berkasih Buat kalian yang tengah menanti hari bahagia. “Sirru Ala Barakatillah” berjalanlah di atas keberkatan Allah SWT. Binalah hubungan rumahtangga kalian dengan taqwa dan rasa takut yang tinggi kepada Allah. Dan buat kalian yang masih single, usah lah merasa diri tak laku di mata orang lain. Kerana kita ada bahagia kita masing-masing.. Allah knows what is the best for you ♥ #salamdhuha #cintakeranaallah #fyppppppppppppppppppppppp
Husnafuzi🕊️
Region: MY
Sunday 12 October 2025 23:24:35 GMT
Music
Download
Comments
fieqahrahman :
siapapun kelak yang membaca ini didoakan semoga suatu hari nnti saya dan kalian mendapat cinta yang tetap bersama hingga ke hujungnya.. yang tidak berbolak balik hatinya..dan semoga mendapatkan cinta yg diredhai oleh ALLAH SWT pada waktu yang tepat..Aamiin Ya Mujib🤲🏻❤
2025-10-13 05:42:37
969
🦋 Azalea 🦋 :
Saya dh tunjuk macam2 effort tapi takda hasil.. kalau takda sapa terima diri saya yang sakit kulit ni, saya pasrah dan redha, ☺️takpekan kalau kita sendiri jee sampai bila2 ☺️? Hehehe, saya tk nak dh susahkan org, tak nak dah kenal sesiapa 😇
2025-10-13 11:21:00
51
Läyrá 𐙚 :
to my dear future Mr.Jodoh may Allah fill our marriage with sakinah mawaddah and rahmah. but for now fi hifzillah🤍
2025-12-12 00:58:26
0
MissEila138 :
insyaallah..semoga Allah permudahkan segala jalannye.. Aamiin 🤲
2025-12-02 01:50:55
0
Mochi💜 :
Doakan saya ..InsyaAllah bulan 12 nie nak nikah dah🥰
2025-11-28 12:42:51
4
𝐊𝐢𝐫𝐚𝐧𝐚 ꨄ :
korang tlg jgn tgl solat ye..kalau ada tertgl solat Sila qada Balik..Kita semua bakal jenazah..Kita xtau bila Kita dijemput Allah..at least kalau Kita buat solat Dan pada masa tu Allah pgl Kita xde Kita menyesal nti
2025-11-28 12:08:45
6
CK_ :
betul. datang jumpa mak ayah bukan satu kepastian yg dia bersungguh nak kawin dgn kita. setahun kenal tak pernah bincang nak tunang ke, kahwin ke. langsung takde persediaan ke arah itu. bila mintak putus, pujuk melalui ws je, takde call langsung. last skali betul2 putus dan dia jumpa pengganti
2025-10-13 08:16:24
24
cherrybomb 🐣 :
jodoh itu rezeki, bukan perlumbaan. yang penting bukan siapa dulu, tapi siapa yang ikhlas tinggal sampai akhir.
2025-10-13 13:16:12
26
ad adly bakri :
entah lah..aku mcm dah tk prcaya bnda2 ni..sifat lebih kurang sama,rasa tenang bila ada..hakikatnya tak jadi apa pun
2025-10-15 04:55:55
1
namiraed25 :
Alhamdulillah sy 46 tahun , mencari dan memperbaiki diri utk menuju ke dunia satu lagi. jika Allah beri peluang merasa ada pasangan syukur Alhamdulillah..🥰 jika tiada moga Allah permudahkan segala urusan dunia sy menuju ke sana.. aminn 🤲 doakan sy ye terus istiqomah ye sahabat tt semua 🥰
2025-10-15 05:21:43
12
ALIPP :
bole terangkan cerminan diri tu macam mana
2025-10-13 15:09:39
4
Nescaffe O Beng Kaw🥷🏻 :
siapapun kelak yang membaca ini didoakan semoga suatu hari nnti saya dan kalian mendapat cinta yang tetap bersama hingga ke hujungnya.. yang tidak berbolak balik hatinya..dan semoga mendapatkan cinta yg diredhai oleh ALLAH SWT pada waktu yang tepat..Aamiin Ya Mujib🤲🏻❤ya mugni ya rozab ya ghani ya fattah ya rahman ya rahim Amen
2025-11-28 12:46:42
3
akubukudankopi :
mohon izin salin tulis
2025-10-13 11:36:00
2
🕊️Ateh_08 🦈 :
Ya Allah satukan lah Hati Kami keranaMu Dan dgn Kasih SayangMu Ya Allah..😭🩵
2025-10-13 10:12:37
28
ismaO2 :
masalahnya dh usaha menghalalkan, mjlis cukup grand. baru setahun lebih dapat seorg cahaya mata, dan dapat surat mkhamah , boleh agakkan surat apa? dia minta cerai fast track tapi kita taknak, dia failkan penceraian 😔
2025-10-13 13:47:53
8
_mingggg :
semoga kalau aada jodoh sy yg kedua ni . sy hrp sgt ii jd plngkap hidup sy n sbr dgn sy 🥺 .
2025-11-28 10:22:25
2
Elle Linda :
Masih blom bertemu jodoh.. Usia mkin meningkat dh msuk 50. Tp sya yakin perancangn Allah tu benar😊
2025-12-05 12:11:44
1
izzatiiey :
aminnyarabb sesungguhnyaa aku serahkan segalanya urusan Ddunia akhiratku kepadaMU YA RABBI...sungguh perancanganMu lebih indah dan terbaik🤲🏻
2025-10-13 12:14:41
2
Haniey | Review Buku :
Masih tak jumpa jodoh even dah 40. Tp sy percaya dan yakin Allah akan bagi orang yg tepat pada masa yang tepat. In Shaa Allah. Allah Maha Baik🩷
2025-10-13 13:44:29
6
nrflwr ❀ :
Jodoh ada dua jugak: ada jodoh✅ takde jodoh ❎
2025-10-13 12:17:04
6
Aqilah Fakhruddin :
doakan saya dpt jodoh yg baik Dan terima kekurangan saya 😊😊
2025-10-13 13:12:27
7
Atien_Mimiey :
saya setuju, carilah org yg lebih mencintai diri kita dari kita mencintainya kerana kita ada kuasa utk mengajar hati kita utk membalas cintanya.
2025-10-13 11:32:11
9
Pau 🐑 :
sy masih cuba jd yg trbaik agar dpt cerminan yg trbaik. tp bila kerap kali jatuh, sy perlu yg kedua. pelengkap diri. 😭
2025-10-13 12:18:39
2
nurfaraa_ :
saya nak yang kedua itu 🥺
2025-10-13 11:26:20
3
nishh :
Aamin ya allah 🤲
2025-10-15 06:12:15
4
To see more videos from user @pinjamanilahi, please go to the Tikwm
homepage.