@kamar5malaysia: 14 Oktober 2025: BINTULU - Berdasarkan hasil risikan dan pemantauan selama lebih kurang sebulan, satu operasi bersepadu telah dijalankan oleh Unit Penguatkuasaan Bahagian Bintulu dengan kerjasama Unit Penguatkuasaan Bahagian Sri Aman dan Sarikei, yang dikoordinasikan oleh Unit Pemantauan Keselamatan & Penguatkuasaan (UPKP) pada 13 Oktober. Operasi tersebut melibatkan seramai 24 pegawai penguatkuasa dan telah diarahkan ke sebuah premis kediaman yang disyaki dijadikan sebagai pusat "call centre" bagi sindiket perjudian dalam talian, yang dipercayai telah beroperasi sejak enam bulan lalu. Serbuan yang bermula seawal jam 5.00 pagi itu telah berjaya menahan seramai 20 orang warga asing, berwarganegara Indonesia yang terdiri daripada 12 lelaki dan 8 wanita yang dipercayai terlibat secara langsung dalam aktiviti perjudian dalam talian ini. Pemeriksaan awal, mendapati sesetengah individu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah untuk berada di Malaysia dan juga telah tinggal lebih masa atas pas yang dibenarkan. Kesemua individu yang ditahan disyaki telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Mereka telah dibawa ke Pejabat Imigresen Bintulu untuk proses dokumentasi sebelum dihantar ke Depot Tahanan Imigresen bagi tindakan lanjut. Operasi ini telah dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini, menunjukan komitmen berterusan Jabatan Imigresen Malaysia dalam mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang Imigresen, khususnya di negeri Sarawak. Jabatan turut menegaskan kepentingan pematuhan terhadap undang-undang imigresen oleh semua pihak, bagi mengelakkan tindakan undang-undang yang sewajarnya serta memastikan negara bebas daripada pencerobohan aktiviti yang tidak sihat. (Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak)

Kamar5 Malaysia
Kamar5 Malaysia
Open In TikTok:
Region: MY
Tuesday 14 October 2025 02:59:56 GMT
892
37
1
10

Music

Download

Comments

tehheechin
没牙也要床车自驾游 :
🥰
2025-10-16 01:03:20
0
muhdiman850
muhdiman :
👍👍👍
2025-10-14 05:13:38
0
To see more videos from user @kamar5malaysia, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About