@mbpp_official: KEMPEN BYOC SEMPENA SAMBUTAN HARI PENJAJA MBPP 2025 MBPP melancarkan Kempen Bawa Bekas Anda Sendiri (Bring Your Own Container - BYOC) bersempena Sambutan Hari Penjaja MBPP Tahun 2025. Dalam video ini, Kompleks Makanan MBPP yang diswastakan iaitu Kompleks Makanan Pagar Buluh, Sungai Ara turut menyertai kempen BYOC. Program “Bring Own Your Container” bermula 1 September 2025 sehingga 30 November 2025 diadakan dengan menggalakan orang awam/pelanggan membawa bekas sendiri (BYOC) untuk pembelian makanan/minuman. KEMPEN BYOC DAN MENANG HADIAH Semua orang awam / pelanggan dijemput untuk menyertai program ini dengan :- (1) Perlu bawa bekas makanan/minuman sendiri; (2) Scan QR yang terdapat di setiap gerai (3) Muatnaik gambar BYOC Penyertaan orang awam/ pelanggan yang paling tinggi menggunakan BYOC akan menerima hadiah saguhati dari MBPP mahupun pihak swasta. “Memimpin Sambil Berkhidmat” #mbpp #BYOC #SambutanHariPenjaja2025 #majlispelancaran