@sabahxnews: 23 OKT 2025 : Kerajaan menerusi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah akan memperkenalkan sistem giliran digital dinamakan Sistem Paparan Pengurusan (MDS) mulai tahun 2026 bagi meningkatkan kecekapan dan kelancaran perkhidmatan kehakiman syariah di negeri ini. ▪️Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pelaksanaannya tertakluk kepada kelulusan peruntukan. ▪️Beliau memaklumkan bahawa antara tahun 2020 hingga 2023, sebanyak 10,959 permohonan pembahagian harta pusaka dan pelantikan pentadbir direkodkan di Sabah dengan 93.91 peratus daripadanya telah diselesaikan, manakala 7,466 kes masih dalam proses. ▪️Bagi memperkukuh sistem kehakiman syariah negeri, kerajaan turut meluluskan 28 jawatan baharu bagi hakim Mahkamah Tinggi Syariah di Sabah. Sumber : Bernama #sabahancrew_fams #malaysiatiktok🇲🇾 #sabahantiktoker #sabah #fyp