@ipk.tv5: MHO DESAK SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA JALANKAN SIASATAN TELUS TERHADAP KES PELABURAN M4NGSA KOPERASI Kuala Lumpur, 24.10.25, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) hari ini tampil bersama 32 orang ahli sebuah koperasi terkemuka di Kelantan bagi menyerahkan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Menurut Setiausaha Agung MHO, Dato’ Hishamuddin Hashim, aduan tersebut dibuat selepas pihak pengadu menerima maklum balas daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengklasifikasikan laporan mereka sebagai "Rujuk Lain Agensi" kepada SKM dan Bank Negara Malaysia untuk siasatan lanjut. “Pengadu-pengadu yang kebanyakannya adalah guru dan pesara guru adalah merupakan ahli koperasi yang mendakwa menjadi mangsa kepada beberapa program pelaburan tidak wujud seperti pelaburan mesin sejuk beku, papan iklan dan simpanan emas. Mereka mengalami kerugian keseluruhan berjumlah lebih RM2.4 juta,” jelas beliau. Menurut beliau lagi, pengadu hanya bersetuju menyertai koperasi tersebut setelah dijanjikan pulangan pelabur4n yang tinggi. Namun, janji itu tidak ditunaikan dan modal yang dilaburkan turut les4p. “Mereka ini kebanyakannya rakyat marhaen yang percaya kepada tawaran pelabur4n koperasi untuk menjana pendapatan sampingan. Malangnya, janji tidak ditepati dan wang simpanan mereka hilang begitu sahaja,” katanya. Dato’ Hishamuddin turut menjelaskan bahawa laporan polis telah dibuat sejak penghujung tahun 2023 dan kini, pengadu menuntut agar SKM menjalankan siasatan yang menyeluruh dan telus di bawah Akta Koperasi 1993 terhadap pengurusan koperasi tersebut. “Kami berharap SKM dapat menyiasat segala aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh koperasi ini dan mengambil tindakan tegas sekiranya wujud pelanggaran undang-undang atau penyelewengan amanah,” ujarnya. MHO juga menggesa agar kawal selia serta pemantauan terhadap semua koperasi di Malaysia diperkukuh bagi mengelakkan insiden penipu4n pelaburan seperti ini berulang. “Kami menyeru supaya SKM, agensi penguat kuasa dan pihak berwajib bekerjasama rapat memastikan hak serta kepentingan para ahli koperasi dilindungi sepenuhnya,” tegas Dato’ Hishamuddin. Sementara itu m4ngsa juga mendakwa mereka terpedaya dengan imej koperasi yang bercirikan Islamik manakala keterlibatan mantan MB Kelantan serta Exco membuatkan mereka lebih yakin untuk turut serta. #mho #ngo #Kelantan #Exco

IPK.TV
IPK.TV
Open In TikTok:
Region: MY
Friday 24 October 2025 11:30:19 GMT
170382
3766
787
2096

Music

Download

Comments

ramzi2359
Remyaji :
Pemimpin PAS ni hanya nk kuasa,duit&tambah bini tu je yg dlm otak pemimpin PAS
2025-10-24 14:56:52
330
mohd.noor.bin.a
Manoletto :
Isu dah lama. Kenapa tak ada seorang pun didakwa? Jangan main sebut bekas MB dan exco saja. Saman la kalau ada bukti. Saya tetap berpihak kpd pihak yang benar tak kira belah sana atau belah sini.
2025-10-24 13:39:15
98
sunkengiant
black tiger :
Walaun pun keno tipu
2025-10-24 15:27:58
145
bahajuha
baha@juha :
sebut la koperasi gapo nama pok cik weh,
2025-10-24 23:26:33
1
minerva9o
minerva :
mcm2 Kes Di kelantan sejak 30 thun Pas Merintah,nk mundur undi pas
2025-10-24 18:24:11
98
anokjateii_umi
🦅Baim_KidaL🦅 :
Pokcik ni macam ado msaloh peribadi ng ex MB klate jah.. sbb nyo namo Koperasi yg dia labur tu xbagithu pon..eah2 xpasal2 kaitkn dgn ex MB plak.. klau dh nilai smpai 77k buat pelaburan tu bukan rakyat marheeen doh tu🤣🤣🤣..
2025-10-25 17:44:21
9
afiq_100601
Fiq 🐝 :
dngr boleh percaya memang tak 🤣
2025-10-25 05:01:50
2
perawat_1965
projek akhirat :
sebut la nama koperasi tu koperasi apa,mantan mb tu siapa exco2 tu siapa,biar smua org tahu
2025-10-26 08:17:44
2
makangajibuta1
makangajibuta :
undi lagi pas ya
2025-10-24 17:15:27
35
ajeelee65
AjeeLee :
Mesti walaun bela yg jahat begini kerana ada kaitan pemimpin mereka.. Semua halal kalau team mereka yg buattt
2025-10-24 15:06:31
71
ahmad.tahir.ibrah
Ahmad Tahir Ibrahim :
Ulama tak kan nak tipu Kut...
2025-10-24 14:00:53
137
becaantik
becaantik :
macam kes saham kohilal lah....ke mana duit2 perlabur2 setelah berpuluh tahun???
2025-10-24 23:15:22
14
poknicknasir
nasserpoknik :
ITU LAH PAS
2025-10-24 14:14:37
31
himalaya.mountain7
Himalaya Mountain :
dari law lahir sampai sekarang tak percaya dengan orang PAS
2025-10-24 13:26:10
69
mihads0
mi hadS :
mantan mb...ust ahmad atau nik amar ye?😳
2025-10-26 14:19:46
3
wandanial83
wandanial83 :
Koperasi apa ni?Dengaq kata kowamas pun masalah jugak..
2025-10-24 16:31:17
19
parangtapik
Parang Tapik :
Kohilal.
2025-10-24 13:36:48
13
rizal.aluay
Rizal Aluay :
pas x saman ke
2025-10-24 15:58:19
19
sarahdanhajar
Sarah & Hajar :
saman elok depa ni
2025-10-26 16:00:38
2
szaridaalyahya1
Kak_Sha @Kak Sheriff :
bila x dpt curi duit project , dia buat pelaburan palsu plk
2025-10-25 01:30:32
8
user5193241237779
user5193241237779 :
pergi jumpa dato kalaivanan,,,, supaya beliau msk campur ini kes ,,,,terus semua bahagian akan bertindak dgn cepat,,pasal beliau fight utk kebenaran rakyat tanpa takut kepada party politik atau individu politik
2025-10-24 12:27:56
32
semutgatal777
semutGatal :
PAS dgn mnipu brpisah tiada
2025-10-25 01:30:40
14
empagajelemonjele
aguk :
Tak kan orang pas menipu,mereka kan ahli syurga
2025-10-26 05:02:06
4
jerung.22
Jerung 2 :
skrg dah ada syarikat baru yg Cuba tipu rakyat kelantan dgn t.ganu harap polis siasat syarikat baru sebelum lebai ini tipu ramai lagi
2025-10-24 12:48:51
73
user9143843822751
mukhtar :
ehs..! tak kan pak lebai nak menipuu...
2025-10-25 00:50:36
35
To see more videos from user @ipk.tv5, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About