@mb_kelantan: 21 Rabiul Akhir 1447H, 13 Oktober 2025 - Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan atas limpah perkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam Persembahan Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Kelantan sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Kali Ke-56 Tahun 1447H/2025M. Turut berangkat tiba, Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan dan seluruh Usrah Di Raja menyerikan lagi majlis yang penuh adat dan istiadat ini. #penghayatanmembangunbersamaislam #menteribesarkelantan #kelantan #daulattuanku