@ummuaahmad22: Selepas wafatnya Rasulullah ,Bilal bin Rabah telah meminta izin dari khalifah Abu Bakar untuk meninggalkan Madinah .Abu bakar telah memberi izin kepada Bilal untuk meninggalkan Madinah. Sebelum meninggalkan madinah di tatapi nya buat kali terakhir kota madinah di mana satu masa dulu dia dan Rasulullah berkongsi suka dan duka. Bilal menetap bersama keluarga nya di Syria,sungguh sukar bagi Bilal untuk melupakan kenangan bersama Rasulullah .Sekian lama nya Bilal menetap di syria . Satu hari Rasulullah muncul di dalam mimpinya " wahai Bilal keras sungguh hati mu,kenapa engkau tidak menziarahi aku". Lantas Bilal terjaga dari tidur nya dengan deraian air mata,sehingga seluruh keluarga nya terbangun. Bilal menceritakan kepada ahli keluarga nya apa yg terjadi, ahli keluarga nya menyuruh Bilal menziarahi makam Rasulullah. Semasa Bilal dalam perjalanan menuju madinah, air mata nya tidak henti2 mengalir.Dia tidak berhenti di mana2 agar cepat sampai di madinah. Setelah beberapa hari Bilal sampai di makam Rasulullah lantas memberi salam " Asalamualaika ya Rasulullah" . Air mata nya terus mengalir. Tiba2 datang Amirul mukminin syaidina Abu Bakar memeluk Bilal dari belakang untuk menenangkan Bilal,sehingga reda tangisan Bilal. Bilal,alang2 kamu sudah berada di sini laungkan lah Azan untuk kami,rayu amirul mukminin . Tidak wahai amirul mukminin,jawab Bilal. Laungkan lah azan,kami rindu akan suara kamu,pinta syadina umar,syadina Bilal mengelang kan kepala. Tiba2 datang lah dua orang cucu kesayangan Rasulullah iaitu Hassan dan Husin," Pak cik Bilal,laungkan lah azan sebagai mana pak cik laungkan nya di masa datuk kami masih ada. Di peluk nya kedua_dua cucu kesayangan Rasulullah itu lantas di cium nya. Sebentar tadi aku baru menolak permintaan Khalifah dan permintaan Syadina umar, aku takut untuk menolak permintaan kamu berdua,aku takut nanti Rasulullah akan menolak permintaan aku. Bilal naik ke atas menara,di tatapi nya satu persatu tempat kenangan bersama Rasulullah sambil air mata nya mengalir laju. Allahu Akbar , Allahuakbar.. Terdiam seluruh penduduk kota madinah mendengar alunan suara azan tersebut. suasana penduduk kota madinah masa itu sangat terkejut. Asyhadu ala ila haa illallah Abu I'sa Rasulullah. Apakah Rasulullah di bangkit kan semula bisik mereka. Asyhadu ala ila haa illallah. Tangisan penduduk kota madinah kian pilu,mereka terkenangkan saat mereka bersama Rasulullah,Syadina Abu Bakar ,umar dan penduduk madinah menitiskan air mata.kerinduan pada suara agung itu kembali lalu mencetuskan satu situasi yg tercatat sebagai sejarah buat umat akhir zaman. Asyhadu anna Muhammad Rasulullah. Terus Bilal tersungkur tidak dapat meneruskan azan nya lagi,lantas di sambut oleh syadina Abu Bakar dan Syadina umar," mengapa Bilal?". Waktu tengah azan tadi sehingga aku menyebut nama kekasih ku,aku seakan2 terlihat kelibat Rasulullah keluar dari rumah untuk solat berjemaah bersama kita. Aku rindu Rasulullah. Aku rindu Rasulullah. Aku rindu Rasulullah. Berlenangan air mata para sahabat dan penduduk kota madinah apa bila tukang azan Rasulullah pulang ke kota madinah untuk mengubati kerinduan nya kepada Junjungan Besar Muhammad S.A.W. Rindu kah kita kepada Rasulullah? *Gambar sekadar hiasan*

Albatul
Albatul
Open In TikTok:
Region: MY
Wednesday 29 October 2025 13:21:22 GMT
1021653
66400
2533
5476

Music

Download

Comments

mohd.sabre.mansor
Mohd Sabre Mansor :
saya, apabila menbaca atau mendengar kisah Bilal bin Rabah ini, tidak tahu kenapa, air mata akan keluar... sehingga tersedu , sebak didada.... semoga kita semua dapat bersama Rasullullah s.a.w. diakhirat kelak... aamiinn
2025-11-01 06:44:03
2087
aryna.2769
Aryna.2769 :
Al Fatihah .. makam Bilal Bin Rabah..🥺❤
2025-10-31 23:58:05
1590
fauzan.zen171
Fauzan Zen171 :
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad
2025-11-27 13:42:01
0
lee211804
lee :
subbhanallah….
2025-11-27 14:59:17
0
ctshamsida
ctshamsida :
adakah keturunan bilal bin rabah ni msih ada di syria
2025-11-03 13:20:10
155
norizan.zan91
Norizan 7170 :
Pecaya lah, barang siapa yg sebak sehingga titiskan air mata apa bila mendengar kisah kekasih allah iaitu rusulallah maka hati nya masih ada iman...
2025-11-03 13:43:46
643
ouh657
Normah Yussof598 :
ya Allah..kau izinkan kami umat Muhammad ini duduk bersama nya di syurga mu nanti..
2025-11-01 09:27:39
553
_ivader_
iVader :
Rindu suasana di raudah… pilu hati bila nak melangkah pergi dari situ😭
2025-11-01 13:32:58
168
ahmadafandi0850
AFEXS_afandi :
sekarang Bilal bin Rabah telah berkumpul dg Rasulullah SAW,,,, semoga kita termasuk umat yg mendapatkan syafaat dari Rasulullah SAW.. aamiin,,,,
2025-11-22 13:48:33
40
dintutu
$DINTUTU$ :
aku tak lah orang beriman,aku hanya seorang pendosa,bila aku teringat RASULULLAH SAW,aku terus berselawat untuk BAGINDA NABI MUHAMAD SAW,SEMBAH DAN SALAM BUAT NABI MUHAMAD SAW, KEKASIH ALLAH SWT RABBUL JALIL
2025-11-01 12:06:41
165
chowsingsing3
ChoW SinG SinG :
kenangan berada didalam raudah😢.btl2 di tempat Nabi Muhammad saw solat.bila balik umrah,terasa rindu yg amat sgt.Alhamdulillah,Allah memberi rezeki padaku utk berjumpa dgn mu ya Rasulallah😢😢.
2025-11-01 10:56:05
306
pml_elite
LONG BIG :
MEREKA ENAK PERNAH BERJUMPA ROSULULLAH....bagai mana dengan kami mayat di akhir zaman...ngk pernah bertemu rosullullah..😭😭😭😭😭
2025-11-23 09:34:10
6
triple2...0
meow :
saya, apabila menbaca atau mendengar kisah Bilal bin Rabah ini, tidak tahu kenapa, air mata akan keluar... sehingga tersedu , sebak didada.... semoga kita semua dapat bersama Rasullullah s.a.w. diakhirat kelak... aamiinn²
2025-11-01 07:52:34
76
mengtyson
Hamba Allah :
2025-11-01 13:23:02
24
farah_ishak88
FARAH_ISHAK :
Kisah bilal bin rabah ni, klu diceritakan blk, boleh mengundang air mata. Sakit rindu tu btol2 terasa. Beliau turut bjuang bsama baginda SAW utk Islam. Biarpun wajahnya gelap, tp di syurga nnt, beliau yg paling bercahaya. 😭😭😭
2025-11-02 02:13:01
174
busurindu1
RatuMadina :
Syukur alhmdlh..Allah swt rezekikan aku ziarah makam Bilal Bin Rabah di Syria 🤲...2008
2025-11-04 06:12:50
175
nur_sheera9415
Chaa Sheera :
Sambil baca mengalir air mata x henti2.. Allahhuakhbar 😭😭😭
2025-11-02 12:59:55
22
mohamadyusup64
Mohamad Yusup :
sesak dada menahan tangis ini, walau aku belum pernah sekalipun melihat rosulullah tapi rindu kepada beliau meyayat hati ini 😭😭😭
2025-11-26 06:51:24
4
risky.arabiya
Risky arabiya :
Tak kuat Aq menahan Air mata🥹 Membaca sejarah tentang Bilal Bin Rabah Bersama Rasulullah Saw ini😭 Allah Humma Shalli Ala Sayyidina Muhammad 💚 Semoga kita semua Mendapat Syafaat dari Baginda Rasulullah Saw 🤲 Aamiin
2025-11-22 07:08:19
4
ayah42652
AYAH :
maasyaaallah...
2025-11-28 09:24:29
2
fazlifaz79
FazliFaz :
disaat posting ini lalu di wall.aku berada di madinah al- munawarah dan akan berangkat ke mekah al mukaramah..betapa sedihnya ingin meninggalkan rasullulah kekasih Allah, air mata tidak berhenti2 jatuh..inikan pula sahabat rasullullah 😔
2025-11-01 05:38:45
130
tofamost8
Tofa Most :
Allahumma Sholli Ala Sayyidina Muhammad... 🥰🥰🥰
2025-11-26 10:47:37
2
rashidah996
Rashidahjauhari🇲🇾❤️🇵🇸 :
😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 kisah bilal ni membuatkan aku menangis kerana rindu pada baginda Rasulullah SAW...mne mungkin kita x menangis pada seorang insan yang sangat mulia dan sangat kasihkan umatnya😭😭😭😭😭😭😭😭😭.. Ya Rasulullah, kami rindu padamu.. semoga kami dapat melihat wajahmu di akhirat kelak 🤲😭😭😭😭😭😭
2025-11-01 06:36:33
18
linmanobah
linmanobah :
Allahhuakhbar ...menangis baca kisah bilal Allah...betapa rindunya kita pada Rasullullah
2025-11-01 07:34:04
103
To see more videos from user @ummuaahmad22, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About