@liputan7official: KUMPULAN AJARAN SESAT ‘JEMAAH NUR AHMAD ISTANA PELANGI’ DIBONGKAR DI JERANTUT JERANTUT, 9 November – Sebuah kumpulan ajaran sesat dikenali sebagai Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi dikesan menjalankan amalan songsang termasuk menggabungkan semua solat fardu menjadi dua rakaat sahaja untuk seumur hidup. Serbuan dilakukan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sebuah gudang lama di Kampung Sungai Putat, Pulau Tawar, membawa kepada penahanan ketua kumpulan berusia 45 tahun bersama tujuh pengikutnya yang berumur antara 45 hingga 66 tahun. Antara barangan dirampas termasuk tongkat, kain kuning dan kain hitam yang kononnya mampu memberi kekayaan, batu berbalut kain kuning serta nota ajaran yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Menurut Pengarah JAIP, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman, semua suspek dibebaskan dengan jaminan penguat kuasa sementara menunggu kertas siasatan dilengkapkan untuk tindakan lanjut di Mahkamah Rendah Syariah Jerantut. oleh LIPUTAN7 9 November 2025 #liputan7 #pahang #ajaranSesat #jerantut. 🤣

Liputan 7
Liputan 7
Open In TikTok:
Region: MY
Sunday 09 November 2025 12:43:19 GMT
6615
52
4
60

Music

Download

Comments

faadrahmann
Fa’adrahman :
😁😁😁
2025-11-10 16:29:01
0
azhar.joe
azhar :
😁
2025-11-10 07:18:25
0
alruwh.almafquda
Zatoichi Fujimi :
pukas mana...😂😂😂
2025-11-09 13:46:29
1
b4thewldend
Amran Senior :
😈 Dizaman sekarag dimana2 diakhir zaman.
2025-11-10 06:20:04
1
To see more videos from user @liputan7official, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About