@sellection.official: Tiada lagi shopping trip ke US seperti kebiasaan tahun-tahun sebelum ini. Siapa yang follow journey saya…mesti tahu bila masuk je bulan November, selalunya saya sudah siap sedia untuk ke New York, US sempena Pre Order Black Friday Sale/ Winter Shopping.. 2 bulan akan tinggalkan Malaysia dan berada di New York, New Jersey. Semalam semuanya sudah berubah.. saya tak lagi sibuk untuk US trip Pre Order barangan Coach, Michael Kors Kate Spade, Fossil . Tetapi sekarang sibuk fokus dan gunakan energy saya ke jenama sendiri RAFFIDA. Membuka Booth pertama RAFFIDA sangat teruja dan menggembirakan. Biarpun masih kecil, dia “baby” saya sekarang. 😘❤️💪 Bulan November tahun ini saya pilih untuk berada di Malaysia, fokus untuk membina jenama RAFFIDA dan mengenalkan kepada ramai wanita di Malaysia. Ini niat dan perjuangan saya 2 dalam 1. Pertama ialah solidariti Pale$🍉t1n, Kedua ialah membina jenama lokal setanding jenama antarabangsa, Ketiga ialah membina komuniti wanita yang yakin diri, bahagia , bergaya (stylish) sopan. Menjadi wanita harini bukan mudah, dengan cabaran tekanan dari sosial media, menggalas tanggungjawab sebagai isteri & ibu, diberatkan lagi dengan ekspetasi keluarga, masyarakat sekeliling … kadang membuatkan wanita hilang ketenangan dan bahagia dirinya.. Makanya, hanya Keyakinan Diri dengan mengenal sifat positif dirinya akan membantu menghadapi tekanan, merasakan ketenangan dan mencapai bahagia. Akhir sekali yang utama, pergantungan dengan Allah swt jualah jalan penyelesaian kehidupan. Terima kasih Ustazah Nazirah atas perkongsian ceramah yang sangat hebat dan menusuk dada. Dimulakan dengan tadabbur surah Al Ahzab 33:35 dalam memahami solusi wanita dalam mendepani cabaran di era moden kini. Diringkaskan dalam akronim W.A.N.I.T.A W.A.N.I.T.A bertahan merentasi zaman W - Warak berhati-hati (jaga2 jgn crita pasal org) A -Akhlak (jaga Akhlak Baik) N -Niat (kerana Allah) I - Istiqamah (amalan) T - Tenang dan terima pada takdir dan bahagian hidup A - Akhirat (pulang, jadikan akhirat tujuan dan keutamaan) Syukur sekali berada dalam Majlis Ilmu semalam dan berkolaborasi dengan surau KLTS. Alhamdulillah berkesempatan juga memberikan hadiah koleksi RAFFIDA buat Ustazah Nazirah dan Jemaah dalam sesi Q& A. Alhamdulillah Permulaan pertam RAFFIDA semoga berkat. Terima kasih yang mendoakan. Maam Rafidah Founder SELLECTION, RAFFIDA #fypシ゚ #fyp #fypシ゚viral
SELLECTION Branded Handbags
Region: MY
Thursday 13 November 2025 09:07:41 GMT
Music
Download
Comments
Azjannah Store :
setuju mem🥰🥰🥰
2025-11-14 10:09:47
1
To see more videos from user @sellection.official, please go to the Tikwm
homepage.