@501awani: Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa memaklumkan Pretoria sedang berbincang dengan Amerika Syarikat mengenai kemungkinan penglibatan dalam Sidang Kemuncak G20, walaupun pentadbiran Trump sebelum ini mengumumkan boikot. White House bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut, menegaskan AS tidak akan sertai perbincangan G20. #AWANInews