@aatv.share: 48 Jam Tamat! Dato' Dr Kalaivanar Umum Isyarat Solidarity 2.0 – Lebih Besar, Lebih Berani ULU BERNAM, 21 November 2025 – Pengerusi Sekretariat Bahana Kesetiaan Negara (SBKN), Datuk Dr. Kalaivanar, mengesahkan bahawa tempoh 48 jam yang diberikan kepada Menteri Pengangkutan untuk memberi penjelasan berhubung tuntutan Memorandum Solidariti 1.0 telah berakhir tanpa sebarang maklum balas. Beliau menyifatkan perkara itu sebagai satu kegagalan kementerian untuk menghormati suara pemandu dan pengusaha lori yang sudah lama tertekan dengan pelbagai isu. Menurut Dr. Kalaivanar, kegagalan itu membuka ruang kepada gerakan baharu yang lebih besar dan lebih tegas. “Kami sedang mempertimbangkan untuk menggerakkan Soladiriti 2.0, satu gerakan yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini. Jika mereka tidak buka pintu rundingan, kami akan buka pintu tindakan,” katanya. Beliau menjelaskan bahawa pemandu dan pengusaha lori kecewa kerana isu-isu asas yang dibangkitkan dalam memorandum masih tidak dijawab, termasuk: penggantungan lesen semua kelas yang dianggap keterlaluan, saman yang terlalu tinggi, serta penguatkuasaan yang dirasakan tidak munasabah dan membebankan. Dr. Kalaivanar menegaskan SBKN bukan menentang mana-mana individu dalam kementerian. “Kami bukan lawan orang. Kami lawan dasar yang menekan rakyat. Keselamatan kami sokong, tetapi putar belit dan pelaksanaan yang menzalimi pemandu, itu kami tolak,” tegasnya. Beliau turut memberi amaran bahawa jika kementerian terus berdiam diri, SBKN akan mengumumkan agenda susulan dalam masa terdekat. #SolidaritiPemanduLori #SBKN #Solidariti20 #TuntutanRakyat #IsuPengangkutan

AATV SHARE
AATV SHARE
Open In TikTok:
Region: MY
Saturday 22 November 2025 01:11:31 GMT
78033
2820
458
277

Music

Download

Comments

buyot88pk
Buyot8807 :
dato tolong betulkan jalan2 yg rosak disebabkan lori2 yg bawak muatan lebih2 tu..
2025-11-22 04:12:52
220
pak.hanif.0
PAK.HANIF.🇲🇾 :
pemandu lori bawa laju ape cerita pulak datuk
2025-11-24 01:19:10
14
mohamad.asri57
Mohamad Asri :
mantap Dato' sy setuju...
2025-11-24 12:30:01
0
worldmaker999
Liverpool YNWA :
Kalai ni kaki cari makan..
2025-11-22 05:12:46
92
azizunothman0
ZUL :
Dato,tlg umum semua lori jgn jln 2 minggu,kita tengok apa mcm mau jadi
2025-11-22 05:37:56
20
yakuza...88
EsKriM GeMoK iNaZ kitcheN :
kau nak suruh selasai 48 jam kau ingat menteri tu x ada kerja ke
2025-11-22 12:50:23
11
laqababuyusuf
Laqab Abu Yusuf :
saman apa tu 8k?
2025-11-22 06:15:11
0
skiper.laut
Skiper Laut :
kenapa dia yg lebih...mana persatuan pmilik lori....
2025-11-24 13:22:17
0
arie_8807
are-ry :
Yg komen rata2 x fham.. Bukan sbb muatan berat.. Lori skrg dh ikut bdm.. Ikut undang2..
2025-11-22 07:01:42
16
lekiu_90
Lekiu :
Bawa lori, ikut undang undang lahhhhh. Nak buat besar kepala kenapa
2025-11-22 10:00:45
14
rusnan.baseri
Nan :
kalau belaku pelanggarkan melibatkan Lori sapa yg nak disalahkan ....kalau belaku dekat keluarga datuk ...datuk nak Salah sapa.
2025-11-22 05:08:06
58
441m_views
RAJNI KAHN :
lorry parking 1 minggu Malaysia boleh jam
2025-11-22 05:37:16
1
blackhorse6448
blackhorse :
Datuk kalau boleh panggil lori semua paking satu minggu kalaulah berani baru menteri tahu berapa kuat boss lori hari2 bising pun tak guna
2025-11-22 04:49:11
7
mohamadraziabu655
mohamadraziabu655 :
jawapannya mudah tak boleh lebih muatan. itu termaktup dlm undang2.
2025-11-22 07:03:30
52
harrisandes
Besi Kuning :
Ikut undang2 je senang
2025-11-22 13:02:20
2
hengchanghok
Power of Silence :
2.0...3.0....4.0...5.0
2025-11-22 04:10:36
9
user9324831584719
user9324831584719 :
kita ada undang2 Raja berpelambagaan.jangan cabar Agong
2025-11-22 13:03:22
3
user1015201477114
RAJA :
Antony x berani lah
2025-11-22 19:48:37
0
ara74667
ara :
terbaik yb menteri pengangkutan teruskan tugas dengan cemerlang
2025-11-22 03:47:21
69
arulselva04
💙🤍Arul Selva💙🤍 :
Terbaik Dato Kalai🥰🥰🥰🙏🙏🙏
2025-11-22 01:56:26
10
joecitiey
joecitiey :
betul ke klu kena gantung lesen semua kelas.siapa yg pernah kena tlg komen ya.naya lah kena mcm tu.knp harus gantung semua lesen,mcm mna org nak menyara keluarga dn sebagainya.nak suruh naik basikal?
2025-11-22 12:46:55
2
yuhuuu23141
Aki Kilut Kilut :
anthoney loke terbaik,tdk tunduk dgn tuntutan org seperti ini
2025-11-22 06:59:15
22
dalimi1237
dalimi123. :
jln rosak rmh retak gegaran muatan berat camana
2025-11-24 22:43:51
0
syut215
syut :
Mantap Dato'Kalai...,,, terus suara kn luahan hati rakyat....
2025-11-22 04:09:33
8
bashardy.ryzal
Bashardy Ryzal :
aku sokong JPJ ambil tindakan dekat pemandu lori....
2025-11-24 03:40:47
1
To see more videos from user @aatv.share, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos


About