@mymotac: YBHG. DATO’ KSU MOTAC RASMIKAN “36TH INTERNATIONAL BABA NYONYA CONVENTION” SUBANG JAYA, 22 NOVEMBER | Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh promosi warisan negara melalui program komuniti dan kerjasama strategik budaya serantau. YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha MOTAC mewakili YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, telah merasmikan “36th International Baba Nyonya Convention” yang dianjurkan oleh Persatuan Peranakan Baba Nyonya Kuala Lumpur dan Selangor (PPBNKLS) di Dorsett Grand Subang malam tadi. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa warisan Baba Nyonya merupakan “mosaik hidup Malaysia” yang membuktikan kekuatan perpaduan budaya dan sejarah negara. Beliau turut memuji usaha PPBNKLS mempopularkan budaya Peranakan melalui pendidikan, seni dan program kreatif seperti Keretapi Sarong serta pelbagai kerjasama komuniti. YBhg. Dato’ Shaharuddin turut menyentuh kejayaan pengiktirafan kebaya sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO yang menurutnya membuka lebih banyak ruang kepada kreativiti, pertukaran budaya dan sektor pelancongan. MOTAC akan terus mengarusperdanakan warisan budaya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), sambil memastikan teknologi moden termasuk Kecerdasan Buatan (AI) terus digunakan untuk memelihara, bukan menggantikan, nilai warisan. Konvensyen berprestij ini menghimpunkan delegasi dari rantau Asia bagi meraikan keunikan budaya Baba Nyonya dan memperkukuh jalinan kerjasama serantau dalam pemuliharaan warisan. #MyMOTAC #TaatSetia #MySeniBudaya #MalaysiaTrulyAsia #VM2026
MyMOTAC.Official
Region: MY
Saturday 22 November 2025 21:20:02 GMT
Music
Download
Comments
There are no more comments for this video.
To see more videos from user @mymotac, please go to the Tikwm
homepage.