@501awani: Keputusan tuntutan hadanah atau hak penjagaan anak yang difailkan penyanyi Ahmad Nubhan Ahamad berakhir dengan keputusan memihak kepada Dr Afifah Hidayah Tawfek. Keputusan tersebut dimaklumkan peguam syarie yang mewakili Dr Afifah, Datuk Akberdin Abdul Kader ketika ditemui selepas perbicaraan hadanah dan majlis sulh selesai di Mahkamah Syariah Shah Alam, pada Rabu. 📸: Foto Astro AWANI/Shahir Omar #AWANInews