@anishaniraula7:

Anisha Niraula🌙
Anisha Niraula🌙
Open In TikTok:
Region: NP
Friday 28 November 2025 00:48:23 GMT
62
9
0
1

Music

Download

Comments

There are no more comments for this video.
To see more videos from user @anishaniraula7, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Cadangan agar perkhidmatan feri antara Semenanjung dan Borneo dihidupkan semula disuarakan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sebagai usaha memperkukuh hubungan serta jaringan pengangkutan di negara ini. Baginda bertitah, langkah tersebut bukan sekadar memperkenalkan semula satu bentuk pengangkutan antara wilayah, tetapi lebih penting sebagai simbol penyatuan dan kesinambungan hubungan erat antara dua wilayah utama negara itu. “Mungkin pihak swasta boleh mengkaji untuk menghidupkan semula perkhidmatan feri Malaysia yang pernah beroperasi sekitar tahun 1980-an. “Jika dapat diwujudkan semula, ia bukan sekadar pengangkutan, tetapi satu usaha untuk merapatkan kembali hubungan antara rakyat,” titah baginda pada Majlis Malam Mesra Sarawak–Pahang di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, malam tadi. Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh muhibah itu turut diserikan dengan keberangkatan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, diiringi Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, serta Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Dalam pada itu, baginda turut mengenang kembali detik-detik Kembara Kenali Borneo dua tahun lalu yang disifatkan sebagai antara kenangan paling berharga dalam hidupnya. “Setiap kali saya menonton semula video jelajah itu, hati saya tersentuh. Keramahan rakyat Sarawak sukar dilupakan. Walau berjauhan, mereka tetap dekat di hati saya,” titah baginda. Baginda turut menyeru agar hubungan erat antara rakyat Pahang dan Sarawak terus dipelihara dan diperkukuh, bukan sahaja sebagai simbol persaudaraan, tetapi juga sebagai jambatan perpaduan antara dua negeri yang kaya dengan budaya serta sejarah tersendiri. Sementara itu, perkhidmatan feri antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang dikenali sebagai Feri Malaysia pernah wujud lebih 30 tahun lalu itu dinamakan dengan nama rasmi Cruise Muhibah dan didaftarkan di Pelabuhan Klang, Selangor. Walaupun perkhidmatan yang ditawarkan oleh feri ini berbentuk persiaran, namun ia juga boleh membawa penumpang serta kenderaan. Feri ini menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak melalui laluan air. Perjalanannya bermula dari Pelabuhan Kuantan, Pahang dan akan ke Kuching, Sarawak dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu, Sabah. Tempoh kesemua perjalanan dari Kuantan ke Kota Kinabalu itu biasanya mengambil masa dua hari. Sekiranya perkhidmatan ini masih wujud sekarang, pastinya satu pengalaman yang menyeronokkan dan harus dicuba oleh orang ramai kerana kini kita hanya mempunyai penerbangan melalui laluan udara untuk merentasi Laut China Selatan. Feri sepanjang 134 meter ini mempunyai sebanyak tujuh lantai atau dek. Ia boleh memuatkan seramai 600 hingga 650 orang. Di samping itu, ia boleh membawa sebanyak 240 buah kereta atau 40 buah lori treler (40 kaki panjang). Dalam masa yang sama, ia mempunyai beberapa kemudahan antaranya restoran, kafeteria, kolam renang, bar, disko, bilik mesyuarat, kabin (tempat tidur, maksimum empat orang), surau dan lain-lain. Feri seberat 7,900 tan yang dibeli dari Helsinki, Finland dengan harga RM50 juta ketika itu adalah milik Kerajaan Malaysia, dengan idea daripada Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad pada 1982. #sarawaktiktok #fyp #GabunganPartiSarawak #sarawakfyp #MediaGPS

About