@malaysiaheadlinestoday: IPOH – Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang Perak memohon maaf kepada Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad hari ini susulan kekeliruan isu Program Pembangunan Kawasan (PPK) di Kampung Tawai, Gerik. ADUN Kenering dari Perikatan Nasional (PN), Mohamad Husairi Arifin membuat permohonan itu selepas mengakui wujud kesalahan fakta berkenaan isu itu ketika membahaskan Belanjawan Perak 2026 baru-baru ini. “Saya memohon maaf jikalau fakta yang saya sebut itu merupakan kesalahan dengan apa yang sebenarnya. Saya akur dengan apa jawapan yang diberikan oleh Menteri Besar,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mencelah Sesi Penggulungan Perbahasan Belanjawan Perak 2026 oleh Saarani di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Selasa. Sebelum membacakan teks penggulungan, Saarani berucap bagi menjawab beberapa kekeliruan isu yang ditimbulkan beberapa ADUN pembangkang pada sesi perbahasan sebelum ini. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika sesi penggulungan Belanjawan Perak 2026 pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga, Dewan Negeri Perak Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Saarani berkata, wujud kesalahan fakta yang diutarakan ADUN Kenering apabila wakil rakyat itu mendakwa berlaku pembatalan projek Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Tawai selepas dibantah penduduk serta Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah. Jelas Saarani, sebaliknya projek yang dimaksudkan adalah PPK yang mana ia masih belum diluluskan kerana pejabat daerah tanah baru membuat permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13). “Memang betul ada bantahan orang Kampung Tawai sebab tempat itu sudah pun ada cadangan nak dibuat Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT). “Pihak pentadbiran daerah mengambil kira bantahan itu, maka ia hendak diubah ke tempat lain dan ia bukan dibatalkan. Malah Ahli Parlimen (Lenggong) tidak membantah (projek itu) sama sekali,” katanya. Menteri Besar Perak berkata, perkara itu hasil maklumat yang diterima beliau melalui pegawai daerah serta Ahli Parlimen Lenggong sendiri. “Saya tidak tertarik untuk membuat usul penggantungan, cuma saya hendak mengingatkan kepada diri saya, rakan-rakan kerajaan dan pembangkang bahawa kita boleh berbeza pandangan serta mengkritik. Tetapi jangan berdusta, jangan salah fakta dan buat fitnah,” katanya. Saarani turut mengingatkan semua ADUN menghormati persidangan DUN kerana ia merupakan dewan perundangan yang seharusnya bebas daripada sebarang kesalahan fakta atau fitnah. “Dewan ini dikatakan dewan yang mulia, ini dewan perundangan. Maksudnya kita tidak boleh berbahas dengan menggunakan perkara-perkara yang tidak benar. “Maknanya kita tidak boleh berhujah dengan menggunakan perkara-perkara di luar fakta sebenar. Ini Dewan Undangan Negeri, yang mana setiap keputusan yang kita buat, ia menjadi undang-undang,” katanya. Saarani juga menegur dan menjelaskan persoalan dibangkitkan wakil rakyat pembangkang lain, iaitu Ahmad Man (PN-Kuala Sepetang), Mohamad Amin Roslan (PN-Pengkalan Hulu) serta Razman Zakaria (PN-Gunung Semanggol). Ia antaranya menyentuh tentang isu pelaburan negeri, peruntukan sekolah rendah agama rakyat serta laporan kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk). – MalaysiaGazette #fyp #malaysiahealinestoday
MHT NEWS
Region: MY
Tuesday 02 December 2025 13:25:59 GMT
Music
Download
Comments
Muntaha Kamil Halid :
Antara MB Terbaik untuk Perak. Cikgu kecil je orgnya tapi bijak n lancar . Pertuturannya tak mencarut macam Nusi Parti Isle ....
2025-12-02 15:43:50
1370
MOHTA :
Malunya bila YB Pas kena tazkirah dgn MB BN.
2025-12-02 15:48:55
1138
mGb :
terbaik MB
2025-12-03 10:42:38
0
Rossa :
Malaysia akan aman dan maju tanpa Pas 😃
2025-12-03 01:48:02
736
kamalahamadkamal4 :
PAS Dan Fitnah. Berpisah tiada..
Jangan undi PAS..
2025-12-02 21:27:15
440
r-K :
tanpa isreel dunia aman, tanpa pas, malaysia aman. realiti dan fakta.
2025-12-03 04:34:21
74
main woh guroh :
aku selalu cakap.. nak jadi pimpinna walaun untit ni senang jer.. ko pndai FITNAH..lepas tu MINTA MAAF.. nanti walaun untit kat bawah akn sanjung kau dgan AYAT.. BAGUSNYA BERJIWA BESAR PIMPINAN PAS DGAN MEMINTA MAAF.... betul x.
2025-12-02 22:38:17
308
Sharul adam :
terbaik yb Kenering berbesar hati meminta maaf susah untuk manusia meminta maaf dan terbaik juga yab sedia memaafkan
2025-12-03 04:56:06
56
amrosz12A :
Hebat MB. Ini Islam sebenar.
2025-12-02 14:44:48
321
Abe Jate :
Terbaik PAS berfakta berani menyuarakan kebenaran demi rakyat marhain 👍.Membangun bersama Islam 🤲. Ppakat Ppertahankan Ppas 🤲. Lebih 30 tahun PAS memerintah Kelantan menjaga kebajikan rakyat tanpa diskriminasi 🤲. Rakyat Kelantan akan terus sokong PAS sehingga kiamat 🤲. Rakyat Kelantan rela berkorban demi PAS 🤲.
2025-12-03 00:02:54
7
ubah kelantan :
terbaik mb saarani💪
2025-12-02 16:43:09
273
HadiOM :
jiwa besar YB kenering, Mantap bila salah fakta mitak maaf.
2025-12-03 00:14:38
3
safwannajwannaayl :
HADI AWANG PUNCA ..tiada nasihat tiada teguran kpd kaki pemfitnah
2025-12-02 23:39:00
445
ciklie :
macam ni baru MB ..bukan dok mohong je
2025-12-02 15:24:51
318
Kamildailami :
hadi awang kne buat slogan baru.."memfitnah adalah amalan mulia"
2025-12-02 18:41:26
37
ANUAR MOHAMED HASAN :
Pas ingat boleh main2 dgn MB Perak.
UMNO BN terbaik
2025-12-03 00:39:57
24
encik_Izma :
Sabah Dah Tolak PN ni giliran Semenanjung pulak Biar BN come back
2025-12-03 04:01:20
21
user7869904401219 :
pas Dan fitnah berpisah tiada
2025-12-02 15:16:19
137
NICK64 :
MB KEDAH KENA BLJR DARI MB PERAK...MB PERAK MEMANG TERBAIK💯👍👍👍
2025-12-02 17:45:26
120
AzlanPerodua :
Fitnah dah jadi darah daging
2025-12-02 23:29:21
286
ciksally :
Malu la skit org pas dpt YB jenis main ckp mcm ni.
2025-12-03 14:51:23
4
KERInGG :
MB perak lex2 ja..jgn over sgt..nnt Ipoh kena claim dgn MB kedah🙂
2025-12-02 23:46:32
16
toradatanglagi :
Tolak pas.....tolak politik fitnah.
2025-12-02 22:58:26
117
Fitri Abdillah :
YB Kenering kepala bengong..harus takyat tolak
2025-12-03 05:39:09
8
Acy :
terbaik YB
2025-12-03 09:10:51
0
To see more videos from user @malaysiaheadlinestoday, please go to the Tikwm
homepage.