@makansedap.kl: Puan Thanaletchumi, atau lebih dikenali sebagai Mek Kelantan Mek Manis, berkongsi pengalaman pertama kali merantau keluar dari negeri Kelantan untuk berniaga nasi kukus. Menurutnya, pengalaman itu penuh kejutan kerana suasana dan budaya yang jauh berbeza daripada tempat asalnya. Beliau yang membesar di Kelantan sudah terbiasa membeli barangan mentah di kedai Melayu dan sangat menitikberatkan soal halal. Namun, sebaik tiba di Rawang, beliau tidak menyangka akan berdepan kejutan budaya termasuk isu perkauman — sesuatu yang katanya tidak pernah berlaku di negeri kelahirannya. Selama tujuh bulan di Rawang, beliau turut merasakan suasana kejiranan yang sunyi kerana kebanyakan penduduk lebih memilih untuk buat hal masing-masing. Keadaan itu membuatkannya rindu akan kemesraan dan pergaulan rapat yang menjadi kebiasaan di Kelantan. Namun, satu pengalaman manis berlaku apabila beliau bertemu seorang peniaga Kelantan di sana. Hanya kerana loghat yang sama, mereka terus berasa rapat. Peniaga itu turut berkongsi rezeki dengannya kuih onde-onde pada bulan Ramadan sebagai tanda ukhuwah. Katanya, walaupun tidak saling mengenali, persamaan loghat sahaja sudah cukup menyatukan mereka. Beliau menjelaskan bahawa keputusannya kembali ke Kelantan bukan kerana beliau tidak mampu hidup di negeri luar, tetapi kerana kebiasaan, suasana dan budaya di sana membuatkannya lebih selesa untuk pulang dan meneruskan kehidupan di negeri sendiri. #kelantan #culture #kotabharu #kelantanfoodie #MakanLokal
Makan Sedap KL
Region: MY
Friday 05 December 2025 06:35:44 GMT
1186948
105965
1711
28834
Music
Download
Comments
Shania Jamali :
"Raso Allah dunio aku"😭😂🙏🏻
2025-12-05 10:31:39
7841
AmirAusie :
Kelantan = no racist
2025-12-05 11:46:32
3134
KakChik_kcrichbeautyhaus :
🤣🤣🤣🤣naya ke dia. tp alhamdulillahhh dia happy duk klate semula
2025-12-05 14:02:59
0
MayamCals :
Oo faham.. patut la org luar cakap org kelantan ni bila jumpa org kg dia terus lupa org lain 😂 rupanya bila jumpa sek dia ibarat mcm jumpa familyy dh.
2025-12-05 10:21:33
1833
N.I_Nazri Ismail :
macam mana lah orang2 luar blh kata kelantan ni miskin dan tak maju .. 😂🤣
2025-12-05 09:33:26
1030
teerak"ที่รัก" :
sek kito jange pecoh
2025-12-05 10:16:57
1796
Jombyy :
sy org Sabah. duk klte 5 tahun. Allah rindunya klntan. aman tenang damai. peramah la weii. suko laaa duk Klate.
2025-12-05 09:42:29
518
Nufus. :
bahasa menyatukan bangsa. bab ni gov masih xnk phm.
2025-12-05 08:03:14
4947
kellyda92 :
pertama kali saya baru tgok orang India Kelantan 😭.baru kluaq gua aq ni..duk tgok cina ja kecek Kelate... lancar dia cakap wehh...
2025-12-05 09:01:58
7750
Saudagar Jagung :
bukan rempah mek, tapi awah la
2025-12-05 11:38:35
22
munchits :
Saya study kelantan 3tahun, bila balik kl. Jiwa rindu kelantan tu sngat kuat ye. Jmpa org kelantan mmg tubik loghat klatei smpai org tkpercaya saya org kl tapi pandai kecek klatei. Luv kelantam
2025-12-05 09:16:50
1033
Mek 🌷 :
Dia siap sebut "Allah" lagitu. 💪😂 sek kito jange pecohhh
2025-12-05 10:05:10
978
deelofa :
Bila cakap kelantan, terus hilang slang india tu. Love dooh 🥰
2025-12-05 11:31:17
442
Dhania :
That’s why kita kena mansuhkan SKJT, SJKC, Sbb bahasa menyatukan kita. Semua sekolah kebangsaan, wajibkan semua pilih bahasa mandarin atau Tamil utk belajar and Fasih.
2025-12-05 10:12:23
383
wanizham :
Set kito jgn pecqh
2025-12-05 07:49:39
374
pisang_goreng :
Ini membuktikan kelantan kuat dalam perpaduan👏 korang hinalah kelantan macam mana pun mereka tetap bersatu
2025-12-05 12:34:04
105
🇲🇾💖🅰🅲🅷🅸🅺💖🇱🇮 :
“Masuk tahun ke-5 saya di Kelantan… jujur saya cakap, negeri ni bukan sekadar tempat kerja — tapi tempat jatuh cinta. Budaya dia unik, orangnya lembut tutur kata, peramah habis. Makanan? Murah, sedap, dan sentiasa buat saya rindu bila balik Johor. Asal saya orang Johor, tapi Kelantan lah yang ajar saya erti ‘rumah bukan hanya tempat lahir… tapi tempat hati rasa tenang.’”
2025-12-05 12:51:47
48
Nor Arini :
Sy kawin dgn suami org Kelantan, Blik kg, suami ajak mkn breakfast kt kedai, tgh nk mkn ... tgk cina nk mkn nasi baca Bismillah... terkejut i olsssss🤭, bgtau suami, dia relax jer, dia kata isteri dia darat 😭🤣, kitanya org luar mana lah Tau.. 🤣
2025-12-05 12:09:15
88
Y U F E A 🎈 :
Kenapa eyh, kalu tgk cina india ckp loghat pantai timur/utara atau melayu fasih rs mcm wow, terpesona. Best dgr dorg ckp.
2025-12-05 09:24:09
218
MASBEN 🧢 :
Serius org Kelantan mmg baik" belaka. Waktu zaman Uni dulu, mmg org Kelantan byk bantu saya itu ini.. Tqvm ya
2025-12-05 12:47:48
35
indomie basah 🍜 :
kita tak boleh kongsi agama, kita tak boleh kongsi adat. Jadi bahasa la yang dapat menyatukan bangsa sebab bahasa je yang kita boleh kongsi. Bahasa Jiwa Bangsa !
2025-12-05 13:22:37
7
En Mikel :
kelantan kalau tidak di anak tirikan oleh pemerintah pusat, boleh je maju. bukti nya rakyat2 kelantan kalau g luar kelantan kebanyakan perform samada sebagai penjawat awam, swasta atau sebagai bisnesman.. tapi sayang sbb politik byk di nafikan hak2 rakyat kelantan..
2025-12-05 11:05:29
182
MATDINN :
kak ni baik saya pernah kerja dengan dia🤗
2025-12-05 11:40:52
15
Kiki. :
saya terkejut brukk😁
2025-12-05 10:54:11
14
Dhanijoe2000 :
loghat tu menyatukan kita rakyat² klate💪
2025-12-05 11:13:44
17
To see more videos from user @makansedap.kl, please go to the Tikwm
homepage.