@tinatutytfs: #game #GamerGirl

XingYi Game
XingYi Game
Open In TikTok:
Region: US
Saturday 19 April 2025 07:06:18 GMT
399137
1141
5
17

Music

Download

Comments

leo6124
Leo :
😁😁😁
2025-04-20 23:00:31
0
bill.petrone
Bill Petrone :
😳😳😳
2025-04-19 15:59:20
0
bashir.baloch205
bashir baloch :
❤️❤️❤️
2025-04-19 14:02:56
0
fah9679
fah :
🥰🥰🥰
2025-04-19 13:37:11
0
kerstin3223
Kerstin :
🥰🥰🥰
2025-04-19 12:35:25
0
To see more videos from user @tinatutytfs, please go to the Tikwm homepage.

Other Videos

Seorang Ahli Parlimen kerajaan, membantah pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 berikutan menelan belanja besar dan bukan keperluan mendesak untuk rakyat. Perkara itu disuarakan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui yang berpendirian kerajaan perlu membuat kajian lanjut bagi melaksanakan program mengikut keperluan dan berimpak tinggi yang lebih memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat.
Seorang Ahli Parlimen kerajaan, membantah pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 berikutan menelan belanja besar dan bukan keperluan mendesak untuk rakyat. Perkara itu disuarakan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui yang berpendirian kerajaan perlu membuat kajian lanjut bagi melaksanakan program mengikut keperluan dan berimpak tinggi yang lebih memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat. "Saya berdiri hari ini dengan pendirian yang jelas, iaitu saya membantah cadangan untuk melaksanakan semula PLKN atas beberapa sebab yang akan saya jelaskan. "Pertama, PLKN memerlukan peruntukan sangat besar. Dalam keadaan ekonomi sekarang, negara kita masih berhadapan dengan masalah kewangan. "Kita masih berada dalam proses pemulihan pasca-pandemik, dengan kos sara hidup yang tinggi dan rakyat berdepan tekanan inflasi. "Tidakkah dana yang diperuntukkan untuk PLKN lebih baik dialihkan kepada sektor kritikal seperti pendidikan, kesihatan dan pemerkasaan ekonomi rakyat? Adakah program ini satu keperluan mendesak pada masa ini?" katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat hari ini. "Sejak awal, PLKN diperkenalkan untuk membina semangat patriotisme, disiplin dan perpaduan dalam kalangan belia. "Namun, apakah ada kajian mendalam benar-benar menunjukkan keberkesanan PLKN dan pencapaian matlamat asalnya "Ini menimbulkan kebimbangan sama ada PLKN benar-benar memberikan nilai tambah kepada belia atau sekadar menjadi program rutin tanpa perubahan yang signifikan," katanya. Katanya, walaupun sasaran utama PLKN 3.0 adalah pelajar yang baru menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun tidak mengecualikan pelajar serta graduan universiti. "Apa yang ingin saya nyatakan ialah golongan belia di bawah umur 35 tahun ini kebanyakannya masih berada dalam fasa pengajian, malah ada yang sudah menamatkan pengajian di universiti dan bekerja di alam pekerjaan, bahkan ada yang sudah berkeluarga. "Jika sebahagian daripada golongan ini menyertai PLKN, walaupun hanya untuk tempoh dua bulan, ia mungkin memberi kesan besar kepada kehidupan mereka. "Ketiadaan pendapatan selama dua bulan bermakna tiada gaji untuk tempoh tersebut, sedangkan ramai antara mereka perlu menanggung kos kehidupan seperti bayaran pinjaman rumah, kereta dan perbelanjaan untuk anak-anak. "Bagi sesetengah penuntut pula, mereka mungkin memilih untuk bekerja sambilan pada cuti semester untuk menampung kos pengajian. "Jika tujuannya untuk melahirkan belia yang lebih berdisiplin dan patriotik, mengapa kita tidak fokus kepada program lebih holistik, yang melibatkan komuniti, pendidikan formal dan bukan formal? "Kita mempunyai program sedia ada seperti Rakan Muda, program sukarelawan dan pelbagai inisiatif di sekolah dan universiti yang boleh diperbaiki serta diperluas untuk membina nilai-nilai yang sama tanpa membebankan belanjawan negara. Disiarkan pada: Oktober 29, 2024 https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1149563/ahli-parlimen-kerajaan-bantah-pelaksanaan-plkn-30

About