@chaleeda.ahmed: PAS Sudah Sedia Tinggal Bersatu? Muktamar PAS baru-baru ini membongkar isyarat jelas bahawa PAS kini sudah tidak lagi memandang Bersatu sebagai rakan penting. Beberapa kenyataan lantang yang dikeluarkan pimpinan PAS seolah-olah mahu menegaskan bahawa mereka cukup yakin untuk bergerak sendiri tanpa perlu bergantung kepada sesiapa. Inilah wajah sebenar politik PAS. Ketika susah, Bersatu dijulang sebagai sahabat seperjuangan. Tapi bila kuasa mula terasa, dominasi semakin menguasai, PAS mula melupakan jasa rakan lama. Bersatu yang suatu ketika dulu menjadi tonggak dalam gabungan, kini dianggap beban yang boleh dibuang bila-bila masa. Kenyataan itu bukan sekadar gurauan politik, ia adalah tamparan tepat ke muka Bersatu. PAS tahu Bersatu semakin goyah, hilang pengaruh dan tidak lagi mampu memberi nilai tambah. Sebab itulah PAS berani menampilkan keyakinan bahawa mereka boleh berdiri sendiri. Soalnya sekarang, sampai bila Bersatu sanggup jadi penumpang dalam gabungan yang jelas-jelas sudah tidak menghargai mereka? Hakikatnya, PAS sudah pun menghantar mesej bahawa mereka mampu hidup tanpa Bersatu. Tinggal masa saja untuk melihat retak gabungan ini akhirnya pecah berderai. Nantikan … #pas #pembangkang #bersatu #fyp
Chaleeda Ahmed
Region: MY
Thursday 18 September 2025 08:32:46 GMT
Music
Download
Comments
ceplos👻 :
sejak bila paih blh kerjasama dengan parti lain😝 takde kan? paih akan bersama jika menguntungkan aje😆
2025-09-18 09:28:04
1
R :
jackpot n lagi mudah keja PM...pembangkang tambah tepu..
2025-09-18 09:17:45
0
abey8444 :
parti PAS semua yg dia bersama akan hancur... PAS X bolih duk bersama org... kahwin cerai Aje kerje dia 🤣🤣🤣🤣jual agamo 😂😂😂
2025-09-18 09:19:13
2
To see more videos from user @chaleeda.ahmed, please go to the Tikwm
homepage.